Buletin


PERTANDINGAN LARIAN MERDEKA DAN PERTANDINGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA


16 September 2017 SabtuPertandingan ini dianjurkan oleh KRT Banjar, KRT Kauran dan Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama SK Banjar Keningau. Program telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.30 pagi dimulai dengan senamrobik yang dikelolakan oleh Pn Fedelia Museh guru SK Banjar. Ramai penduduk kampung yang berhampiran menyertai pertandingan larian merdeka ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Amir Hj. Jani Naib Ketua Bahagian Umno Keningau merangkap Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Keningau  dan dipengerusikan oleh Pn. Hasnah Atu Ketua Anak Negeri merangkap Pengerusi RT Banjar. Pertandingan ini juga dihadiri oleh En Jamil Ismail selaku Pengerusi RT Kauran, Ketua kampung Banjar En Ismail Amit, Pengerusi JKKK Kampung Banjar En Hamzani Abd Aziz, Guru Besar SK Banjar En Jinli Ramli, Staf-staf SK Banjar serta penduduk Kampung Banjar dan Kampung Kauran. Pelbagai acara turut di pertandingkan..Pertandingan ini tamat pada pukul 12.00tengahari..
Gambar kenangan bersama seluruh komuniti banjar, kauran
dan staf-staf skbanjar



bersama Ahli KRT Kpg Banjar

Sebelum larian dimulakan peserta mengambil peluang untuk
bergambar bersama Perasmi En Amir

Kategori warga Emas..Pn Murna( mengangkat tangan)
turut tidak mahu melepaskan peluang menyertai larian
merdeka

Hj. Alimuddin berlari dengan penuh semangat
.. ini kali lah


En Hamzani Abd Aziz (sambil tersenyum) turut menyertai
 larian merdeka

Pn. Saidah Basahi walaupun usia mencecah 90 lebih beliau
tampak sihat untuk menyertai pertandingan ini..

penat meninjau perjalanan pertandingan. 


Semangat Patriotik








Pn. Hasnah Atu Pengerusi RT Kpg Banjar

sedapnya aiskrim kampung.. nak sikit ☺☺

Perasmi Pertandingan En Amir Hj. Jani
Naib Ketua Bahagian UMNO Keningau
Merangkap Pengerusi Komuniti
1 Malaysia Keningau


Senarai Pemenang mengikut kategori larian

Larian Bawah 10 tahun

Tempat Pertama : Safriyansyas Abbas
Tempat Kedua    : Azli BahariT
empat Ketiga    : Scroland Sunjay

Larian Bawah 13 tahun

Tempat Pertama : Jumatdin bin Nolly
Tempat Kedua    : Bayron Jaafar
Tempat Ketiga    :Azrin Azmin bin Jumin

Larian Bawah 18 tahun


Tempat Pertama : John
Tempat Kedua    : Mohd Azim
Tempat Ketiga    : Mohd Hafiz

Larian Bawah 40 tahun Lelaki

Tempat Pertama : Mohd Al Hafis 
Tempat Kedua    : Khairul Azizul Abdul AzizT
empat Ketiga    : Muhammad Azman Asah

Larian Bawah 40 tahun Perempuan

Tempat Pertama : Azianah Asah
Tempat Kedua    : Nur Zafirah Aoreena
Tempat Ketiga    : Hasliha Asah

Larian Atas 40 tahun Lelaki

Tempat Pertama : Jalil Hussein
Tempat Kedua    : Jinli Ramli
Tempat Ketiga    : Hamdan Jaafar

Larian Atas 40 tahun Perempuan

Tempat Pertama : Ainon Abidin
Tempat Kedua    : Asisa Baharuddin
Tempat Ketiga    : Ratna Nasa

Larian Kategori Warga Emas 80 tahun Ke Atas

Tempat Pertama : Asah Sabat
Tempat Kedua    : Hj. Alimuddin Kasua
Tempat Ketiga    : Juita Tamsir



Gotong Royong Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru



kawasan yang telah di bersihkan

23 Mac 2013 (Sabtu)- Aktiviti Gotong royong telah di adakan di kawasan kelas lama dan sementara serta tapak padang baru. Turut hadir Guru Besar En Jinli bin Ramli, En Hamzani Abd Aziz selaku Yang Di Pertua PIBG, Ibu Bapa, guru dan juga kakitangan bukan mengajar. Tidak lupa juga pada Penaja/sponser Syarikat Mili Hasil yang telah banyak membantu dalam aktiviti ini seperti meratakan tapak kawasan padang baru. Aktiviti telah bermula pada pukul 07:00 pagi dan berakhir pada pukul 10:00 pagi.  

C. Madalina (baju warna Kuning) turut sama turun padang
Objektif utama ialah untuk memastikan murid-murid selesa dalam kegiatan riadah untuk subjek pendidikan jasmani. 

Memastikan kawasan sekolah senantiasa bersih dan selamat dari perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan murid-murid serta kakitangan sekolah. 

Merapatkan dan menguatkan hubungan silaturrahim antara guru dan juga Ibu bapa.

C.Jinli Ramli bersama YDP PIBG serta wakil dari Syarikat Mili Hasil

Semoga dengan adanya usaha ini serta hubungan yang kuat antara sekolah dan ibu bapa, insya Allah sekolah ini akan ada peningkatan sedikit demi sedikit sehinggalah tercapainya kejayaan yang selama ini di impikan. 
24/03/2013 05:45 pm













Kejohanan Sepak Takraw 12 Tahun ke Bawah Peringkat Daerah Keningau

Pemain Sepak Takraw SK Banjar















Sek Keb Rancangan Biah (SKRB) - Tanggal 20 Mac 2013 (Rabu) telah berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw 12 tahun ke bawah Peringkat daerah Keningau Sabah. Pertandingan ini telah di rasmikan oleh Guru Besar SKRB En Mohd Asrim bin Yaakub. Tahun ini hanya 5 buah sekolah sahaja mewakili zon dalam daerah keningau iaitu:
En Mohd Asrim Yaakub

1) Sek Keb Nandagan- Zon Trusmadi
2) Sek Keb Banjar - Zon Bandar
3) Sek Keb Pekan 2 - Zon Pegalan
4) Sek Keb Minawo - Zon Pegalan
5) Sek Keb Rancangan Biah - Zon Pegalan



Berikut adalah keputusan kejohanan:

 Johan          : Sek Keb Nandagan
 Naib Johan : Sek Keb Pekan
 Ketiga         : Sek Keb Rancangan Biah
 Ke Empat    : Sek Keb Banjar
 Ke Lima      : Sek Keb Minawo
Libasan dari SK Nandagan











     21/03/2013 04:30pm



Knowledge Discovery Spelling Competition Peringkat Zon Bandar 2013


 








19 Mac 2013 (Selasa) telah berlangsungnya pertandingan Knowledge Discovery Spelling peringkat zon bandar. Tahun ini SK Banjar telah dipilih menjadi tuan rumah. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Banjar En Jinli bin Ramli. Hanya 4 buah sekolah yang menyertai pertandingan tersebut iaitu SK Pekan, SK Saint Francis Xavier, SRK Yuk Yin dan SK Banjar selaku tuan rumah. Seramai 8 orang peserta yang menyertai pertandingan tersebut dimana setiap sekolah menghantar 2 orang peserta sahaja. Tujuan pertandingan ini di adakan adalah untuk menyemai serta menarik minat pelajar-pelajar dalam subjek bahasa inggeris terutama dalam aspek ejaan bahasa tersebut. 
Tahniah kepada adik Cherish Mae dari SK Saint Francis Xavier kerana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Peserta yang telah memenangi pertandingan















Berikut adalah senarai keputusan pertandingan:

Tempat Pertama: Adik Cherish Mae (SK SFX)
Tempat Kedua: Adik Abd Alif bin Abd Razak (SK Banjar)
Tempat Ketiga: Adik Pheobe Yap (SRK Yuk Yin)
20/03/2013 06:00PM


Pertandingan Karnival Rekoder Ensemble Peringkat Daerah Keningau

SK Sinua
Pertandingan ini telah berlangsung pada 10 Mac 2011 (Khamis) di Ruang Serbaguna SK Banjar. ianya telah bermula pada pukul 09.00 pagi.
SK Pekan 2

Hanya 3 buah sekolah sahaja yang menyertai pertandingan ini iaitu SK Sinua, SK Pekan 2 dan SK Banjar selaku tuan rumah pada tahun ini.

SK Banjar
Pada tahun ini penyertaan sekolah lain agak dingin ini kerana terlalu banyak pertandingan lain berlaku pada bulan ini. Walau bagaimanapun pertandingan ini berlangsung dengan meriah.






Berikut adalah senarai keputusan bagi pertandingan tersebut:

Tempat Pertama : SK Sinua
Tempat Kedua    : SK Pekan 2
Tempat Ketiga    : SK Banjar

Konduktor Terbaik : SK Banjar
11/3/2011 10.40am


Kejohanan Balapan & Padang kali ke 15 2011
SK Banjar Selaku Tuan Rumah 

Pengurus pasukan SK Banjar




Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya. Turut hadir wakil PPD Keningau sbg perasmi, Guru-guru besar Zon Bandar iaitu dari SK Bulu Silou, SK Patikang Laut, SJK Yuk Yin, SK S.Francis Xavier, dan SK Pekan serta guru-guru yang terlibat dlm kejohanan tersebut.
Pengacara majlis
Kejohanan ini telah bermula sejak awal 07.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.
AJK Kejohanan
Walaupun cuaca tidak menentu kejohanan tersebut tetap berjalan seperti yang telah dirancangkan, cuma di sebelah petang hujan agak lebat tetapi ia tidaklah mengganggu perjalanan kejohanan tersebut.
Persembahan tuan rumah
Keputusan rasmi ttg kedudukan pingat akan diberitahu kelak. Tempat pertama bagi keseluruhan jatuh kepada SJK Yuk Yin, tempat kedua pula jatuh kepada tuan rumah SK Banjar dan di tempat ketiga SK Pekan.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar  yang memenangi acara masing-masing.
Guru Besar SK B.Silou tuan rumah 2012
Kami dari SK Banjar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai teknik dalam menguruskan acara-acara kejohanan tidak lupa kepada Ahli jawatan kuasa pelaksana yang bertungkus lumus serta bersusah payah untuk mejayakan kejohanan ini. Kepada penaja-penaja sumbangan anda amat kami hargai. 
29/1/2011 01.59pm


Maklumat terkini

Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Banjar telah dipilih untuk penganjuran Kejohanan Balapan & Padang MSS Zon Bandar Kali Ke - 15 tahun 2011. Tarikh kejohanan tersebut pada 27 Januari 2011 bertempat di Kompleks Sukan Keningau ianya akan dirasmikan oleh En Raisin bin Saidin Pegawai Pelajaran Daerah Keningau merangkap Penaung bagi kejohanan tersebut. Diharap kejohanan tersebut berjalan dengan jayanya.
tq.
25/1/11 08.50am