Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Banjar ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Ini adalah hasil permuafakatan di antara ketua-ketua kampung. Antaranya ialah En. Sulaiman Impong dan En. Yaakub Abd Hadi dari Kampung Banjar, En Kadomin Mejar Lakai dari Kampung Kadalakan, En Ontobon dari Kampung Kauran dan beberapa orang penduduk lain dari ketiga-tiga kampung yang disebutkan.
Sekolah Kebangsaan Banjar dibina atas tanah simpanan kerajaan Kampung Kadalakan dengan keluasan 5.26 ekar. Sekolah ini didaftarkan pada 9hb Jun 1968 dengan no. pendaftaran JPS/PSS/Ren/0406. Sekolah Kebangsaan Banjar terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Keningau. Lokasinya Berada di antara Kampung Kadalakan dan Kampung Banjar. Kampung-kampung lain yang berhampiran termasuklah Kampung Bakiau, Kampung Kauran dan Kampung Mempikit. Kebanyakkan murid-murid di sekolah ini datang dari kampung-kampung tersebut.
Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Banjar. Pada tahun 1940-an Kampung Banjar diterokai oleh En Aliasah bin Hussin, En Impong, Pn Saprah dan telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Populasi kaum banjar terus berkembang sehingga ke hari ini.
Sekolah ini hanya mempunyai 130 orang murid dan lima orang guru di awal penubuhannya. pada tahun 1998, sekolah ini mempunyai lebih kurang 870 orang murid, 51 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan mengajar. Bilangan kelas berjumlah 32 buah termasuk 2 buah kelas prasekolah dan kini Sekolah Kebangsaan Banjar bakal berubah wajah dengan adanya pembinaan bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama. Peruntukan pembinaan ini dianggarkan sebanyak RM10juta yang melibatkan 1 blok bangunan pentadbiran, 2 blok bangunan kelas dan juga fasiliti yang terkini.
Guru besar pertama ialah En Talib bin Hj Kirah yang mula merintis pentadbiran sekolah ini pada tahun 1968 hingga 1970 dan kini Guru Besar yang ke 10 iaitu Puan Saliha binti Tassim baru bertugas pada tahun 2006 sehingga sekarang banyak melakukan perubahan sistem dari segi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini hanyalah semata-mata untuk anak bangsa. diharap satu hari nanti sekolah ini akan sentiasa melahirkan pelajar-pelajar yang berintelektual yang tinggi sejajar dengan matlamat kerajaan kita sekarang ini iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Berikut adalah senarai nama-nama Guru Besar yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Banjar

Bil.
Tahun Berkhidmat
Senarai Nama Guru Besar
1
1968 - 1970
En. Abd. Talib bin Hi. Kirah
2
1970 - 1975
En. Hj. Latif bin Awang Damit
3
1975 - 1976
En. Azmi bin A. Amat
4
1976 - 1980
Tuan Haji Mohd Kaji Madan
5
1980 - 1983
En. Talib Hj. Abd Rahman
6
1983 - 1985
En Kisah bin Ismail
7
1986 - 1997
En. Mohd Asrim bin Yaakub
8
Januari hingga Mei 1997
En. Abas bin Jaafar
9
Julai 1997 - 2004
En. Kassan bin Kassim
10
Febuari 2006 - 2013
Pn. Saliha binti Tassim
11
Mac 2013 hingga sekarang
En. Jinli bin Ramli