Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK BANJAR 2017


Para pentadbir SK Banjar Bersama dengan Ahli Veteran Kpg Banjar
21 September 2017 Khamis telah berlangsungnya majlis yang bersejarah iaitu Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Banjar 2017. ianya bermula pada seawal jam 7.30 pagi. majlis ini telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar SK Banjar En Jinli bin Ramli.. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG SK Banjar saudara En Kasman Jam, Pengrusi JKKK Kpg Banjar En Hamzani Aziz serta orang lama di era sebelum merdeka yang telah di pilih di dalam mesyuarat pemilihan setiap tahun.
Perarakan murid-murid ke Dewan Utama
Acara di mulakan dengan pertunjukan baju bertemakan hari kebangsaan kemudian acara perarakan dari pintu pagar sekolah ke Dewan Utama. Selain itu banyak juga acara di dalam tentatif program seperti deklamasi sajak, nyanyian bertemakan hari kebangsaan, lakonan daripada murid sk banjar, penyampaian hadiah para pemenang yang di pertandingkan, forum bicara ahli veteran era sebelum merdeka serta persembahan dari guru SK Banjar.
Majlis ini tamat pada jam 10.30pagi...

Murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan Baju yang bertemakan
hari kebangsaan

Penolong Kanan 1 En Mohd Safran menyapa salah seorang murid 
dari Pra Sekolah

Orang kuat SK Banjar


SALAM MAAL HIJRAH 1439 H


Saturday, September 16, 2017

PERTANDINGAN LARIAN MERDEKA DAN PERTANDINGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA

Cikgu Fedelia Museh







16 September 2017 Sabtu Pertandingan ini dianjurkan oleh KRT Banjar, KRT Kauran dan Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama SK Banjar Keningau. Program telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.30 pagi dimulai dengan senamrobik yang dikelolakan oleh Pn Fedelia Museh guru SK Banjar. Ramai penduduk kampung yang berhampiran menyertai pertandingan larian merdeka ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Amir Hj. Jani Naib Ketua Bahagian Umno Keningau merangkap Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Keningau  dan dipengerusikan oleh Pn. Hasnah Atu Ketua Anak Negeri merangkap Pengerusi RT Banjar. Pertandingan ini juga dihadiri oleh En Jamil Ismail selaku Pengerusi RT Kauran, Ketua kampung Banjar En Ismail Amit, Pengerusi JKKK Kampung Banjar En Hamzani Abd Aziz, Guru Besar SK Banjar En Jinli Ramli, Staf-staf SK Banjar serta penduduk Kampung Banjar dan Kampung Kauran. Pelbagai acara turut di pertandingkan..Pertandingan ini tamat pada pukul 12.00tengahari..


Pn Hasnah Atu Pengerusi RT Kpg Banjar serta dibantu oleh
Guru-Guru Pelatih dari IPG Keningau










Thursday, September 14, 2017

UPSR 2017 Ujian Sains

14 September 2017 Khamis, hari terakhir UPSR untik Kertas Ujian Sains Kertas 1 dan 2.

Cikgu Ag Omar Ali 

Sedikit taklimat untuk kertas Sains oleh Cikgu Ag Omar Ali

Wednesday, September 13, 2017

TAKLIMAT AJK PENGELOLA KEJOHANAN LARIAN MERDEKA KPG BANJAR DAN SKBANJAR

13 September 2017 Rabu

Taklimat AJK Pengelola Larian Merdeka Kpg Banjar dan SK Banjar telah berlangsung di Dewan Utama SK Banjar dan di hadiri semua kakitangan sekolah. Tarikh telah di tetapkan pada 16 September 2017 Sabtu.

En. Jinli Ramli (Guru Besar) memberi sedikit maklumat tentang
perjalanan program







Monday, September 11, 2017

SEMBAH TAKZIAH


Selamat Menduduki UPSR 2017



11 September 2017 Isnin, Seramai 85 murid SK Banjar telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR. Untuk hari ini peperiksaan Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2 dijalankan dan diharapkan pada semua murid dapat menjawab dengan tenang. Semoga Berjaya...

Klik di sini