Warkah Editor

 
Assalamualaikum... bersyukur kehadrat Illahi di atas limpah kurnianya dan selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta karamah dan hikmah kedua ibu-bapa kita maka dapat kita menyiapkan laman blog sekolah yang pertama kali disiarkan. Dengan adanya laman ini ia menjadi satu titik tolak menuju selangkah mara kehadapan dalam arus kemodenan dunia tanpa sempadan. Walau bagaimanapun jangan kita lupa adat dan budaya kita walaupun dunia kita sudah kearah kemodenan ini kerana adat dan budaya kita adalah rupa kita sebenarnya. Sebagai contoh Negara Jepun, Korea dan China adalah negara maju didunia tetapi adat dan budaya mereka tidak dilupakan tetapi mereka memertabatkan adat dan budaya mereka ketahap yang tertinggi. Sebelum saya menutup bicara ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan skbanjar kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan laman blog ini sama ada secara langsung atau tidak. akhir kata jadikan laman ini sebagai satu langkah permulaan dalam memajukan sekolah kita pada masa akan datang. sekian terima kasih

Ramlin bin Hj Dulimin
Penyelaras ICT
SK Banjar