Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK BANJAR 2017


Para pentadbir SK Banjar Bersama dengan Ahli Veteran Kpg Banjar
21 September 2017 Khamis telah berlangsungnya majlis yang bersejarah iaitu Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Banjar 2017. ianya bermula pada seawal jam 7.30 pagi. majlis ini telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar SK Banjar En Jinli bin Ramli.. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG SK Banjar saudara En Kasman Jam, Pengrusi JKKK Kpg Banjar En Hamzani Aziz serta orang lama di era sebelum merdeka yang telah di pilih di dalam mesyuarat pemilihan setiap tahun.
Perarakan murid-murid ke Dewan Utama
Acara di mulakan dengan pertunjukan baju bertemakan hari kebangsaan kemudian acara perarakan dari pintu pagar sekolah ke Dewan Utama. Selain itu banyak juga acara di dalam tentatif program seperti deklamasi sajak, nyanyian bertemakan hari kebangsaan, lakonan daripada murid sk banjar, penyampaian hadiah para pemenang yang di pertandingkan, forum bicara ahli veteran era sebelum merdeka serta persembahan dari guru SK Banjar.
Majlis ini tamat pada jam 10.30pagi...

Murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan Baju yang bertemakan
hari kebangsaan

Penolong Kanan 1 En Mohd Safran menyapa salah seorang murid 
dari Pra Sekolah

Orang kuat SK Banjar


No comments:

Post a Comment