Saturday, September 16, 2017

PERTANDINGAN LARIAN MERDEKA DAN PERTANDINGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA

Cikgu Fedelia Museh







16 September 2017 Sabtu Pertandingan ini dianjurkan oleh KRT Banjar, KRT Kauran dan Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama SK Banjar Keningau. Program telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.30 pagi dimulai dengan senamrobik yang dikelolakan oleh Pn Fedelia Museh guru SK Banjar. Ramai penduduk kampung yang berhampiran menyertai pertandingan larian merdeka ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Amir Hj. Jani Naib Ketua Bahagian Umno Keningau merangkap Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Keningau  dan dipengerusikan oleh Pn. Hasnah Atu Ketua Anak Negeri merangkap Pengerusi RT Banjar. Pertandingan ini juga dihadiri oleh En Jamil Ismail selaku Pengerusi RT Kauran, Ketua kampung Banjar En Ismail Amit, Pengerusi JKKK Kampung Banjar En Hamzani Abd Aziz, Guru Besar SK Banjar En Jinli Ramli, Staf-staf SK Banjar serta penduduk Kampung Banjar dan Kampung Kauran. Pelbagai acara turut di pertandingkan..Pertandingan ini tamat pada pukul 12.00tengahari..


Pn Hasnah Atu Pengerusi RT Kpg Banjar serta dibantu oleh
Guru-Guru Pelatih dari IPG Keningau










No comments: