Thursday, October 5, 2017

LAWATAN PENANDA ARASAN KE SKK SK KILIMU RANAU



















29 September 2017, Jumaat. Semua staf SK Banjar telah menghadiri lawatan Rasmi Penanda Arasan ke Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Kilimu Ranau. ianya bertujuan menjalinkan usahasama serta mengeratkan silaturrahin antara kedua-dua buah sekolah ini. perjalanan ke SK Kilimu ini mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Keningau. Setibanya kami disambut oleh puan Guru Besar serta Penolong Kanan Satu. Program bermula dengan sesi fotografi. Selepad itu kami telah dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat pendahuluan dari Puan Halidah@ Julaidah Arifin Guru Besar SKK SK Kilimu Ranau. Banyak Info-info berguna dan pengetahuan bagi penambahbaikan dari segi Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Pusat Sumber serta fail-fail yang berkaitan kurikulum hingga ko-kurikulum. Program lawatan ini berakhir pada jam 10.45 pagi.


                                     Video





Usahasama antara kedua-duah buah sekolah

Ucapan alu-aluan daripada Pn Halidah@
Julaidah Arifin Guru Besar SKK SK Kilimu

Ucapan daripada En Jinli Ramli Guru Besar SK Banjar Keningau

Cikgu Hamdan (baju batik ungu) dan Cikgu Evie (baju kemeja biru)
sempat bergambar dengan Guru Besar serta guru-guru SKK SK Kilimu

Para Pentadbir berbincang dengan guru-guru berkaitan lawatan tersebut


1 comment:

  1. 895 Casino Drive, Las Vegas, NV 89103 - Mapyro
    Find 삼척 출장샵 the nearest casino 청주 출장마사지 to 당진 출장안마 895 구리 출장샵 Casino Drive, Las Vegas, NV 89103. Find reviews, photos, directions, opening hours 광주 출장마사지 and a map.

    ReplyDelete