Friday, October 13, 2017

Pertandingan Karaoke Tahun 6 Peringkat Akhir

oleh: Saleh Ismail

12 Peserta Pertandingan Karaoke tahun 6 Peringkat akhir
















12 Oktober, Khamis Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti Pasca UPSR bagi murid-murid tahun 6. Seramai 12 orang peserta telah dipilih ke peringkat akhir selepas saringan dijalankan. Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat nyanyian yang ada pada murid tahun 6. Adik Jelneson telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Karaoke pada tahun ini. Naib Juara pula di sandang oleh adik Wan Zulaikha dan tempat ketiga di sandang oleh adik Brenda Elva. Berikut adalah senarai nama-nama finalis pertandingan karaoke peringkat akhir:

1. Dian Almerah
2. Jun jun
3. Aisyah
4. Fernando
5. Shazliana Jaafar
6. Yuslin Jaafar
7. Brenda Elva
8. Jelneson
9. Wan Zulaikha
10. Syazleyana Sazali
11. Mohd Afieq
12. Azriah

Sekian....

Juri Cikgu Rusli memberi komentar kepada salah seorang peserta















Juara Pertandingan Karaoke Tahun 6
Adik Jelneson


























Adik Dian Almerah

























Adik Junjun Richard



















Adik Aisyah

























adik Fernando

























Adik Shazliana Jaafar

























Adik Yusli Jaafar

























Adik Brenda Elva

























Adik Jelneson

























Adik Wan Zulaikha

























Adik Azriah

























Adik Syazleyana Sazali

























Adik Mohd Afieq






















Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 dan Prasekolah

Oleh: Saleh Ismail

Peserta Lawatan Sambil Belajar

















10 Oktober, Selasa. Salah satu program tahun 6 selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu Program Lawatan Sambil Belajar ke Ladang Tenusu Yun Fook Resources Sdn Bhd Keningau. Seramai 84 murid tahun 6 serta murid-murid Prasekolah dengan diiringi 12 orang guru. Objektif utama lawatan ini ialah dapat memberi pendedahan pengetahuan pada murid-murid tentang penternakan lembu tenusu serta penghasilan susu lembu. Salah satu aktiviti murid-murid tahun 6 bagi mengisi masa lapang yang berfaedah. Sebanyak 6 buah bas untuk mengangkut murid-murid tahun 6 beserta dengan guru ke ladang tenusu. LAwatan ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. 

Penyerahan sijil dari pihak sekolah kepada wakil pengurusan
Yun Fook Resource Sdn Bhd


Cik Gladys menyampaikan taklimat kepada murid-murid,
 guru dan ibubapa














Murid prasekolah bersama ibubapa




















Lawatan ke kandang lembu

di sini juga ada pelihara buaya

Murid-murid bersemangat untuk melihat sekeliling ladang tenusu ini

Salah seorang murid cuba menyentuh anak lembu


Cikgu Saidin mengetuai lawatan tersebut

Ketua Pengarah Syarikat Datuk Yap Yun Fook

Thursday, October 5, 2017

LAWATAN PENANDA ARASAN KE SKK SK KILIMU RANAU



















29 September 2017, Jumaat. Semua staf SK Banjar telah menghadiri lawatan Rasmi Penanda Arasan ke Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Kilimu Ranau. ianya bertujuan menjalinkan usahasama serta mengeratkan silaturrahin antara kedua-dua buah sekolah ini. perjalanan ke SK Kilimu ini mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Keningau. Setibanya kami disambut oleh puan Guru Besar serta Penolong Kanan Satu. Program bermula dengan sesi fotografi. Selepad itu kami telah dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat pendahuluan dari Puan Halidah@ Julaidah Arifin Guru Besar SKK SK Kilimu Ranau. Banyak Info-info berguna dan pengetahuan bagi penambahbaikan dari segi Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Pusat Sumber serta fail-fail yang berkaitan kurikulum hingga ko-kurikulum. Program lawatan ini berakhir pada jam 10.45 pagi.


                                     Video





Usahasama antara kedua-duah buah sekolah

Ucapan alu-aluan daripada Pn Halidah@
Julaidah Arifin Guru Besar SKK SK Kilimu

Ucapan daripada En Jinli Ramli Guru Besar SK Banjar Keningau

Cikgu Hamdan (baju batik ungu) dan Cikgu Evie (baju kemeja biru)
sempat bergambar dengan Guru Besar serta guru-guru SKK SK Kilimu

Para Pentadbir berbincang dengan guru-guru berkaitan lawatan tersebut


Tahniah pada Atlit SK Banjar Naib Juara pada Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Bandar




















28 September 2017 Khamis- Sekalung tahniah pada atlit SK Banjar kerana mengekalkan kedudukan naib juara dalam Kejohanan tahun ini dengan pungutan pingat 5 emas 4 perak dan 6 gangsa. Kali ini tuan rumah SK Bulu Silou mengelolakan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Bandar. Juara Keseluruhan di sandang oleh SJKC Yuk Yin dan tempat ketiga di sandang oleh SK Saint Fransis Xavier. 

Johan Lontar Peluru Lelaki
adik Zurwizam
Naib johan Lontar Peluru Perempuan
adik Jeviegracie

Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK BANJAR 2017


Para pentadbir SK Banjar Bersama dengan Ahli Veteran Kpg Banjar
21 September 2017 Khamis telah berlangsungnya majlis yang bersejarah iaitu Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Banjar 2017. ianya bermula pada seawal jam 7.30 pagi. majlis ini telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar SK Banjar En Jinli bin Ramli.. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG SK Banjar saudara En Kasman Jam, Pengrusi JKKK Kpg Banjar En Hamzani Aziz serta orang lama di era sebelum merdeka yang telah di pilih di dalam mesyuarat pemilihan setiap tahun.
Perarakan murid-murid ke Dewan Utama
Acara di mulakan dengan pertunjukan baju bertemakan hari kebangsaan kemudian acara perarakan dari pintu pagar sekolah ke Dewan Utama. Selain itu banyak juga acara di dalam tentatif program seperti deklamasi sajak, nyanyian bertemakan hari kebangsaan, lakonan daripada murid sk banjar, penyampaian hadiah para pemenang yang di pertandingkan, forum bicara ahli veteran era sebelum merdeka serta persembahan dari guru SK Banjar.
Majlis ini tamat pada jam 10.30pagi...

Murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan Baju yang bertemakan
hari kebangsaan

Penolong Kanan 1 En Mohd Safran menyapa salah seorang murid 
dari Pra Sekolah

Orang kuat SK Banjar


SALAM MAAL HIJRAH 1439 H


Saturday, September 16, 2017

PERTANDINGAN LARIAN MERDEKA DAN PERTANDINGAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA

Cikgu Fedelia Museh







16 September 2017 Sabtu Pertandingan ini dianjurkan oleh KRT Banjar, KRT Kauran dan Komuniti 1Malaysia dengan kerjasama SK Banjar Keningau. Program telah berlangsung dengan jayanya pada jam 7.30 pagi dimulai dengan senamrobik yang dikelolakan oleh Pn Fedelia Museh guru SK Banjar. Ramai penduduk kampung yang berhampiran menyertai pertandingan larian merdeka ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Amir Hj. Jani Naib Ketua Bahagian Umno Keningau merangkap Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Keningau  dan dipengerusikan oleh Pn. Hasnah Atu Ketua Anak Negeri merangkap Pengerusi RT Banjar. Pertandingan ini juga dihadiri oleh En Jamil Ismail selaku Pengerusi RT Kauran, Ketua kampung Banjar En Ismail Amit, Pengerusi JKKK Kampung Banjar En Hamzani Abd Aziz, Guru Besar SK Banjar En Jinli Ramli, Staf-staf SK Banjar serta penduduk Kampung Banjar dan Kampung Kauran. Pelbagai acara turut di pertandingkan..Pertandingan ini tamat pada pukul 12.00tengahari..


Pn Hasnah Atu Pengerusi RT Kpg Banjar serta dibantu oleh
Guru-Guru Pelatih dari IPG Keningau